WP03 – Memasukkan imej ke dalam blog

Memasukkan imej ke dalam artikel adalah perkara mudah. Anda hanya perlu posisikan kursor anda di tempat imej itu perlu dipaparkan.
  • Klik butang Add Media
  • Pilih imej atau muatnaik, dan
  • masukkan imej tersebut.

Mudah bukan? Dan inilah yang akan berlaku!

Secara default, imej akan terpapar pada kedudukan sebelah kiri kursor tanpa memperdulikan elemen-element lain sama ada sebelah kiri ataupun kanan. Ini bukan sahaja berlaku di dalam WordPress tetapi di dalam semua applikasi berdasarkan web.

Klik imej untuk paparan jelas

Klik imej untuk paparan jelas

Continue Reading
No Comments

Categories: Panduan WordPress

Tags:

WP02 – Memasukkan teks dalam blog

Terdapat dua cara untuk memulakan sesuatu posting di dalam blog:

(Panduan ini adalah asas WordPress semata-mata tanpa menggunakan plugins dari pihak ketiga)

1. Menggunakan Dashboard dan terdapat arahan “Write your first blog post”

Kilk imej untuk paparan jelas

Kilk imej untuk paparan jelas

2. Melalui menu Post yang terdapat di panel sebelah kiri. Pilih Add New untuk memulakan post.

Kilk imej untuk paparan jelas

Kilk imej untuk paparan jelas

Kilk imej untuk paparan jelas

Terdapat kekeliruan di antara Category dan Tags. Ada di antara anda mungkin tidak pasti yang mana perlu digunakan. Sebenarnya, kedua-dua kemudahan ini adalah perlu terutama di dalam pembinaan blog.

Continue Reading
No Comments

Categories: Panduan WordPress

Tags:

Masaalah Gastrik?

Bila bercakap pasal gastic kita kena faham bagaimana ia bermula. Setahu saya perkataan gastric ini bermula dari perkataan GAS. Dan gas pula diujudkan dari campuran kimia.

Setiap makanan yang kita makan sebenarnya mengandungi bahan kimia dan apabila bahan-bahan kimia di dalam makanan-makanan yang kita makan itu bercampur maka ujudlah GAS.

Lebih banyak makanan, lebih banyak gas,
Lebih banyak campuran makanan, lebih banyak lagi gas

Jadi,
Kalau tak boleh kurangkan makanan, kurangkan campuran makanan juga boleh mengurangkan masaalah gas. Seperti yang disarankan oleh Rasullullah, kalau makan yang didarat jangan campur dengan yang diair. Cubalah jadual menu pemakanan kita dahulu.

Umur saya tahun ini memasuki 59 tahun. Bukan tak ada masaalah kesihatan tetapi tidaklah kronik. Saya belum lagi hidup bergantung dengan pil-pil atau suppliment (semoga Allah terus memberi kesihatan kepada saya. Amin). Sebelah siang selalunya saya makan biskut (berasaskan tepung). Tengahari dan/atau malam saya makan nasi biasanya dengan 1 atau 2 lauk bersama sayur.

Untuk tambahan tenaga, saya minum air panas bergula seperti teh O. Sekali atau dua kali sebulan saya makan bahan berlemak termasuk lemak semata-mata.

Prinsip pemakanan saya mudah “Bukan apa yang kita makan tetapi JUMLAH yang kita makan”.

Mungkin ada yang sesuai dengan cara pemakanan saya. Wallahualam.

No Comments

Categories: Tips Kesihatan

Ubat Gout

Dipetik dari tular WhatsApp:

Inilah pokok tersebut. Sebarang pertanyaan. Tuan2 boleh tanya saya, 0137301616 Hj Jaffrey. Kerana adik saya yg sakit gout kronik dengan bacaan 800 pst….kini dah boleh makan apa saja termasuk udang dan lain2. Semua itu janji Allah. Setiap penyakit pasti ada ubatnya kecuali MATI. Sekadar nak berkongsi kepada sesiapa yg mempunyai masalah GOUTS. Penawarnya mudah dicari dikawasan padang2 atau tepi2 jalan kampung . Namanya Pokok Susu Nabi. Ambil 5 ke 6 pokok tersebut dari hujung hingga ke akar. Basuh bersih2 dan kerat2kan 1 inci setiap potongan dan rebus hingga mendidih. Apabila sejuk …. minumlah sekerap yg mungkin. Anda akan lawas kencing dan sekaligus menyingkir penyakit Gout anda . Tak percaya ? Cuba la dulu. Takde pakai modal pun. Stop makan ubat doktor. Kerana anda dah boleh makan apa saja. Ingat Pokok Susu Nabi.

No Comments

Categories: Tips Kesihatan

WP01 – WordPress Satu Pengenalan

WordPress yang dilancarkan pada tahun 2005 sebenarnya berasaskan blog. Aplikasi ini mempunyai banyak persamaan dengan blogspot, tumblr dan yang seangkatan dengannya. Perbezaannya ialah Blogspot dan Wix menggunakan hosting/server mereka sendiri sedangkan WordPress pula boleh dipasang (install) di pelayan/server persendirian.

WordPress menawarkan banyak aplikasi-aplikasi tambahan melalui plugins yang disediakan oleh pembina-pembina aplikasi termasuk berbagai paparanmuka/template untuk lamanweb malahan aplikasi e-perdagangan. Namun, penggunaan aplikasi asas WordPress adalah penting kerana ianya lebih cepat dan mudah walaupun kurang kemudahan/fetur. Aplikasi ini boleh mempercepatkan kerja anda untuk artikel/posting yang tidak memerlukan dekorasi.

Apa perbezaan WordPress dengan Blogspot/Tumblr?
Blogspot/Tumblr semata-mata aplikasi berasaskan blog sahaja. Kedua-duanya mengikat anda dengan acuan yang telah mereka sediakan sendiri dengan widget-widget sebagai tambahan. WordPress pula memberikan anda kebebasan yang lebih luas. Selain dari blog yang setanding dengan Blogspot/Tumblr, anda juga boleh membina lamanweb mengikut acuan sendiri. WordPress memberikan anda pilihan untuk membina: Read More

No Comments

Categories: Panduan WordPress

Tags: